Ahad, 16 Oktober 2011

Cara Nabi Muhammad Diet

Ini adalah cara diet Nabi Muhammad saw. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Apakah cara diet Nabi yang membuat baginda sihat.

Berikut beberapa cara yang Nabi kita amalkan dalam diet harian hidup baginda :

  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)
Rupanya aku tersalah ambil makanan, yang selalu aku buat, makan buah bersama susu, buat jus, kemudian ikan dan salad.

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memang sukar sedikit.. tapi, kalau tak percaya. cubalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+(positif) sedangkan dalam ikan mengandung ion-(negatif), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air air) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT "Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya"

Rabu, 12 Oktober 2011

Resepi Sawi Diet

Bahan-bahan ( ikut suka bape org makan )

  • sawi - dipotong2
  • serbuk lada hitam - yg separuh hancur tu. jgan yg serbuk sangat lak.
  • seasoning oil ( minyak bijan - maggi). sikit je, sebagai perasa. dah letak ni tak yah letak garam. dah rasa masin dah.
  • ari untuk merebus
  • dua titis air abu - tak nak guna pun tak pe. tujuan air abu ni nak bgi sayur tu lagi hijau bila rebus. dpt tau ni masa cari air abu kat kedai runcit, pas tu toke tu kata leh wat tuk ijau kan sayur masa masak. dia kata, pasai tu org cina goreng/celur sayur

Cara-cara

  1. rebus air, masukkan sawi dan titiskan air abu. sikit je air abu tau. jgn banyak. nanti pahit lak.
  2. sayur dah separuh masak. angkat dan toskan airnya. hidang dalam piring, letakkan sedikit seasoning oil dan taburkan serbuk lada hitam. siap. 
Resepi ini sumbangan myresepi

Resepi Diet Salad

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 10 - 15 helai daun Kubis (dihiris)
  • 4 biji tomato(dipotong dadu)
  • 2 biji carrot(dipotong halus)
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • 1/4 biji bawang besar(dipotong dadu)
  • Mayonis
  • 3 keping daging burger(dihancurkan)
  • 50 gram isi ayam(dipotong kecil2)
  • Garam
  • Minyak masak
  • 4 biji ubi kentang sederhana besar(dipotong dadu)

Cara-cara

  1. Goreng kentang tanpa guna byk sgt minyak sampai empuk, dan tabur sedikit garam dalam kuali semasa menggoreng.
  2. Gaulkan ayam dgn sedikit garam. Goreng sampai masak, jgn garing2.
  3. Goreng daging burger yang dah dihancurkan. Mase goreng tu, hancurkan lagi.
  4. Gaulkan semua sayur2 and bawang yang dah dipotong tu, jus tomato tu pun masukkan skali dalam salad tu. Masa gaul tu, masukkan jus limau. Lebih baik gaul gune tangan.
  5. Masukkan mayonis dalam 4-5 sudu besar. Gaulkan lagi gune tgn. Biarkan sekejap.
  6. Lepas 10 minit, masukkan semua bahan2 yang digoreng tadi, ubi kentang, daging burger, ngan ayam tu skali. Gaul gune senduk kalau bahan2 tu masih panas.
  7. Dah siap dah! Boleh makan ngan roti, atau mkn begitu aje! Sangat mengenyangkan~

Ahad, 9 Oktober 2011

Kepentingan air pada tubuh manusia

Air harus di gunakan setiap hari kerana tubuh manusia dapat berfungsi tanpa air. Untuk mengetahui kepentingan air pada tubuh kita, sila lihat keperluan air pada setiap organ organ tubuh di bawah.:

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi lebih baik. Jika kecukupan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat.

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah..

2. Mulut

Air akan menjaga tenggorokan dan bibir lebih basah dan menjaga bibir mulut dari kekeringan. Keadaan mulut yang kering bisa memicu bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung
 Kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu darah sehingga jantung akan bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan.

Bila kita kekurangan air,  haba semakin tinggi

5. Otot

Bila air cukup dalam tubuh terutama sel ia akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot berfungsi dengan baik  Air juga penting untuk mengerakan sendi.

6. Kulit

Jika seseorang menderita kekurangan air,  kulit menjadi kering. Keadaan ini berbeda dengan kulit kering,

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Nak Kurus Hingga Bawa Maut

Anda jangan jadi macam kisah di bawah ini, kerana nak kurus, ia mati ketika rawatan menguruskan badan. Selain membuang duit beribu, ia telah mengorban nyawa.  Keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, petang Selasa lalu. Mangsa, Cik Noraini Mohd Ghazali, 30 tahun, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu, meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul akibat penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumbernya.

Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor bertauliah di situ.

Cik Noraini ditemani kakak angkatnya, Cik Misha Abu Bakar, 46 tahun, ke pusat itu kira-kira 3 petang Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan susulan itu.

Beberapa bulan lalu, beliau pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul malam Selasa lalu dan mengajak kakak angkatnya ke pusat tersebut.

'Pada sebelah malam, Noraini ingin ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia beria-ia mahu ke sana, malah masih sempat singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian sebelum bergegas ke pusat itu,' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kelmarin.

Cik Misha berkata selepas beberapa jam menunggu, beliau tidak sedap hati dan meminta pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu.

'Doktor itu mendakwa Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir sebaik disuntik ubat tahan sakit menyebabkan dia meninggal dunia.

'Malah, doktor itu memberitahu dia sudah cuba menyelamatkan Noraini lebih 45 minit, namun tidak berjaya sebelum meminta saya menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersabar,' katanya, yang terus menghubungi suami mangsa, Encik Zaharuddin Zainuddin, 35 tahun, sebaik melihat jenazah mangsa.

Sementara itu, Encik Zaharuddin berkata sebaik dimaklumkan kejadian itu, beliau bergegas ke pusat itu tetapi tiba agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Menurutnya, isterinya pernah memberitahunya bahawa ada benang pernah tertinggal dalam tubuhnya selepas menjalani rawatan, dan beliau 'tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika punca kematian Noraini disebabkan kecuaian doktor'.

Mangsa meninggalkan tiga anak berusia antara tiga dengan 11 tahun. -- Harian Metro.

Khamis, 6 Oktober 2011

Tip Kurus Badan Yang Perlu Ditonton

Jangan malu malu menonton, kerana ia amat memberi manafaat pada anda semua. 15 tips mengurang berat badan yang sangat di nanti-nanti. Jom tengok

Rabu, 5 Oktober 2011

Ebook Rahsia Diet wanita

RAHSIA KURUS
RAHSIA DIET WANITA! Apa yang boleh saya katakan, ebook itu cukup lengkap dengan
pelbagai jalan penyelesaian untuk melangsingkan badan. Antara yang bakal anda ketahui melalui ebook itu adalah..


1. Sebab-sebab wanita senang gemuk. anda  perlu tahu ni. Mungkin ini penyebab kepada kenapa  susah
untuk turunkan berat badan.

2. Faktor-faktor jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Adakah kalori yang terkandung dalam badan
sama dengan wanita lain?

3. Teknik untuk amalkan diet yang  sempurna melalui rahsia mengekalkan _____________.

4. Punca kepada kenapa usaha diet anda sering GAGAL! Betul ke anda nak turunkan berat badan? jadi
perlu kenalpasti punca kegagalan diet anda selama ini.

5. Teknik mengira JPTS untuk tentukan sama ada amalan diet anda selamat.
JPTS? Apa tu?

6. Sumber penting untuk turunkan berat badan. anda beruntung untuk
ketahui sumber-sumber ini.

7. Amalan-amalan pemakanan yang sihat. Makan untuk sihat bukan untuk hidup anda

8. Pembongkaran berdiet untuk kurus tanpa mengeluarkan peluh!

9. Penyakit kronik yang mudah anda hidapi jika tidak amalkan diet yang
betul. Bahagian ini sedikit menakutkan!

10. Dan terdapat banyak lagi rahsia-rahsia diet dikongsikan dalam ebook
itu.

Saya anjurkan kursus percuma online 10 hari, nota akan di berikan

KLIK SINI SEGERA

Ahad, 2 Oktober 2011

Diet Rendah Lemak


Diet Rendah Lemak  Biarpun diet rendah lemak adalah diet yang bagus untuk kesihatan jantung anda tetapi jika tidak dilakukan dengan cara yang betul bakal memudaratkan anda. Diet rendah lemak membuatkan anda juga kekurangan asid lemak seperti linoleic dan linolenic yang diperlukan tubuh untuk membantu sel berfungsi dengan smpurna.

Badan kita tidak mampu membina asid ini dengan sendirinya. Atas alasan itulah sel tubuh memerlukan asig lemak dari  makanan untuk membantu membina sl. Jika kandungannya dalam tubuh adalah kurang ataupun tidak mencukupi, anda akan terdedah kepada masalah-masal seperti berikut.

a.    kulit kering
b.    mudah letih
c.    maah dalam sesetengah kes ia boleh menjejaskan fungsi penglihatan.

Jadikan ianya lebih menyihatkan: Hakikatnya diet rendah lemak tidak sepatutnya menjadi “diet tanpa lemak”. Anda tidak perlu bimbang untuk mengambil lemak dalam diet harian jika kena dengan kuantirti yang diperlukan.

Pastikan diet rendah lemak anda masih mengandungi 30% kuantiti lemak. Sumber asid lemak yang baik boleh didapati dari sumber kacang soya, jagung ikan, kacang walnut, kuaci, minyak canola dan minyak bunga matahari.

Diet rendah lemak juga bukanlah halangan untuk anda mendapatkan sumber vitamin lan dari sayiran dan buahan. Sunber serat juga masih diperlukan dalam diet ini. Bagi mamastikan anda mendapat sumber vitamin E dan antioksidan yang cukup, anda disarankan mengambil bahan bahan makanan berikut

  • 1 sudu besar kuaci= 51 Kalori/4.5 gram lemak
  • Dressing (dalam hidangan saladz)
  • 1 sudu besar hirisan badam= 39 kalori/ 3.4 gram lemak
  • 1 hirisan avocado= 60 kalori/ 5.5 gram lemak.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kalori Pemakanan apa yang perlu tahu

Kalori adalah satu unit kepada ukuran.. Seperti juga Panjang yang diukur dalam Unit meter (m),  Jadi, apa yang Kalori Ukur? Kalori mengukur Tenaga. Ringkasnya, kalori adalah Unit Tenaga.

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram. Alkohol mengeluarkan 7 kalori/gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian, makanan yang mengandungi banyak lemak adalah tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan airnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan rendah kalorinya.
Keperluan kalori kita adalah berbeza sepanjang hayat. Ia bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti peringkat tumbesaran, semasa mengandung dan menyusu anak, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. Golongan dewasa dan warga emas memerlukan kalori yang kurang kerana aktiviti dijalankan adalah berkurangan berbanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Cara Makan Nabi

Bagaimana cara Rasulullah saw makan. Ini yang kita nak tahu ni. Apa hikmah ikut cara nabi makan.

Cara Rasulullah Makan

1. Gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Ingat sikit sahaja. !!

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. Kita 3 hingga 6 kali mungkin telah. Saya cuba makan lambat, ambil sedikit nasi dan lauk, kunyak banyak kali dan telan, rasa nikmat makan tu ada, Walaupun saya kunyak tak sampai 40 kali, tapi kunyak banyak kali baru telan adalah nikmat dan rasa mudah kenyang.

Mengunyah banyak kali dan lambat adalah sunnah dan makan cepat dan gelojoh adalah sifat syaitan

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Semua kaedah di atas membantu diet anda, terutama dari segi kesihatan, perut sihat, makanan lebih hadam, elak perangai syaitan, berkat, dan elak perut buncit.