Ahad, 2 Oktober 2011

Diet Rendah Lemak


Diet Rendah Lemak  Biarpun diet rendah lemak adalah diet yang bagus untuk kesihatan jantung anda tetapi jika tidak dilakukan dengan cara yang betul bakal memudaratkan anda. Diet rendah lemak membuatkan anda juga kekurangan asid lemak seperti linoleic dan linolenic yang diperlukan tubuh untuk membantu sel berfungsi dengan smpurna.

Badan kita tidak mampu membina asid ini dengan sendirinya. Atas alasan itulah sel tubuh memerlukan asig lemak dari  makanan untuk membantu membina sl. Jika kandungannya dalam tubuh adalah kurang ataupun tidak mencukupi, anda akan terdedah kepada masalah-masal seperti berikut.

a.    kulit kering
b.    mudah letih
c.    maah dalam sesetengah kes ia boleh menjejaskan fungsi penglihatan.

Jadikan ianya lebih menyihatkan: Hakikatnya diet rendah lemak tidak sepatutnya menjadi “diet tanpa lemak”. Anda tidak perlu bimbang untuk mengambil lemak dalam diet harian jika kena dengan kuantirti yang diperlukan.

Pastikan diet rendah lemak anda masih mengandungi 30% kuantiti lemak. Sumber asid lemak yang baik boleh didapati dari sumber kacang soya, jagung ikan, kacang walnut, kuaci, minyak canola dan minyak bunga matahari.

Diet rendah lemak juga bukanlah halangan untuk anda mendapatkan sumber vitamin lan dari sayiran dan buahan. Sunber serat juga masih diperlukan dalam diet ini. Bagi mamastikan anda mendapat sumber vitamin E dan antioksidan yang cukup, anda disarankan mengambil bahan bahan makanan berikut

  • 1 sudu besar kuaci= 51 Kalori/4.5 gram lemak
  • Dressing (dalam hidangan saladz)
  • 1 sudu besar hirisan badam= 39 kalori/ 3.4 gram lemak
  • 1 hirisan avocado= 60 kalori/ 5.5 gram lemak.

TAJUK LAIN BERKAITAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan