Khamis, 29 September 2011

Bagaimana elak sakit perut


Mengambil makanan jenis berminyak, pedas atau berlemak kadangkala boleh menyebabkan sakit perut atau tidak hadam.

“Ini biasanya masalah kecil yang akan hilang dengan sendiri. Tetapi ia juga mungkin tanda bagi gejala kesihatan yang lain seperti refluks gastroesophagus (pedih ulu hati), intoleran laktosa, ulser, sindrom iritasi usus, jangkitan di usus dan kanser,” terang Vijay.

TIPS ELAK SAKIT PERUT
  1. Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. 
  2. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,” katanya.
  3. Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.
  4. Bagaimana dengan merawat sendiri? “Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.
  5. “Anda perlu dapatkan rawatan jika ada kesakitan antara bahagian dada dan pusat. Jumpalah doktor jika sakitnya berlanjutan selama beberapa hari,” tambah beliau.
Dr. Robert Lim

TAJUK LAIN BERKAITAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan