Khamis, 29 September 2011

Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi perlu makanan yang betul. Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi ialah makanan yang kurang kandungan garam dan kolesterol. Faktor yang mempengaruhi tekanan darah tinggi :
  • Garam / natrium
  • Berat badan
Garam / Natrium

Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual.

Berat badan

Jadual Kandungan Garam dalam Makanan

Rendah
Sederhana
Tinggi
Buah-buahan
Sayur-sayuran
Minyak sayuran
Lemak
Gula
Tepung
Nasi
Roti putih
Roti mil penuh (roti berserat tinggi)
Bijirin
Kekacang
Daging
Ikan
Telur
Susu
Agen Perasa
- Kicap, sos barbeku, tauchu (pes soya), sos cili, sos tiram, sos tomato.
Ekstrak
- Sayuran (marmite)
- Daging (Bovril)
Penambah perasa
- Monosodium Glutamat,
- Kiub perasa
Agen penaik
  • Serbuk penaik berasaskan natrium, soda bikarbonat
Krim salad
  • Salad cream
  • Mayones
Makanan terproses
  • Makanan dalam tin,
  • Bijirin (sedia dimakan),
  • Keju
  • Sup sedia dimakan
Makanan diawet
  • Ikan masin
  • Telur masin
  • Daging yang diawet
  • Sosej
  • Daging burger
  • Jeruk buah-buahan
  • Jeruk sayur-sayuran
  • Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
Menambah Perisa Dalam Makanan
  • Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda.
  • Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
  • Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

TAJUK LAIN BERKAITAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan