- Untuk mengekalkan berat badan anda perlu menyeimbangkan kalori yang diambil daripada makanan dan minuman dengan kalori yang digunakan oleh badan untuk pelbagai aktiviti
- Dalam kebanyakan kes berlebihan berat badan atau kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal
- Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan yang sihat bergantung kepada:
-
- Umur
- Jantina
- Keadaan Psikologi
- Aktiviti Fizikal
- Melakukan aktiviti fizikal secara tetap, mempunyai perbagai kaedah dimana ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan penggunaan tenaga
- Ia juga didapati dapat menurunkan risiko sakit jantung, diabetis mellitus dan tekanan darah tinggi
- Kurangkan makanan tinggi lemak dan makanan tinggi kalori terutamanya snek
- Tabiat makanan yang tidak baik seperti makan secara berlebihan, sentiasa mengunyah dan juga pengambilan makanan yang tidak teratur boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Walaubagaimanapun melangkau waktu makan adalah tidak diperlukan untuk penurunan berat badan kerana anda mungkin akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan yang berikutnya
- Pengambilan alkohol adalah tidak digalakkan kerana minuman beralkohol membekalkan tenaga yang tinggi tetapi kandunagn nutriennya rendah
- Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk penurunan berat badan sebanyak 5 - 10% boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan diabetis
- Anda boleh menurunkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti dan mengurangkan pengambilan makanan
- Penurunan berat badan yang disarankan dikalangan dewasa yang disarankan adalah 0.5kg - 1 kg dalam seminggu
- Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana ia akan menghadkan terlalu banyak kalori dan nutrien
- Penurunan berat badan yang tidak sihat seperti memuntahkan semula makanan atau penggunaan julap (laxative) atau diuretik boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan
- Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin, Hasil Bijirin, Kekacang, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran
- Untuk mengekalkan diet yang sihat kita di galakkan untuk mengambil makanan seimbang dengan menitikberatkan pengambilan hasil bijirin (Nasi,jagung,hasil gandum,oats,barli),kekacang,sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Hasil bijirin , kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran , membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, fibre dan komponen-komponen lain yang penting untuk kesihatan.
Kabrohidrat Kompleks
- Dikenali sebagai polysaccharides termasuklah kanji dan serat.
- Ia banyak di dapati dalam hasil bijirin (Nasi,jagung,hasil gandum,oats,barli) ,kekacang (kacang peas dan kacang panggang) dan juga ubi-ubian.
- Ia membekalkan tenaga dan mengambil masa yang lebih perlahan dalam menghasilakn glukos dalam badan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan