Selasa, 27 September 2011

Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula

Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula.  Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.

 Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Bagaimana kurangkan gula semasa makan atau musim perayaan?
  1. Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
  2. Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
  3. Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.  Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
    Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang hari

TAJUK LAIN BERKAITAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan