Ahad, 16 Oktober 2011

Cara Nabi Muhammad Diet

Ini adalah cara diet Nabi Muhammad saw. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Apakah cara diet Nabi yang membuat baginda sihat.

Berikut beberapa cara yang Nabi kita amalkan dalam diet harian hidup baginda :

  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)
Rupanya aku tersalah ambil makanan, yang selalu aku buat, makan buah bersama susu, buat jus, kemudian ikan dan salad.

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memang sukar sedikit.. tapi, kalau tak percaya. cubalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+(positif) sedangkan dalam ikan mengandung ion-(negatif), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air air) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT "Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya"

Rabu, 12 Oktober 2011

Resepi Sawi Diet

Bahan-bahan ( ikut suka bape org makan )

  • sawi - dipotong2
  • serbuk lada hitam - yg separuh hancur tu. jgan yg serbuk sangat lak.
  • seasoning oil ( minyak bijan - maggi). sikit je, sebagai perasa. dah letak ni tak yah letak garam. dah rasa masin dah.
  • ari untuk merebus
  • dua titis air abu - tak nak guna pun tak pe. tujuan air abu ni nak bgi sayur tu lagi hijau bila rebus. dpt tau ni masa cari air abu kat kedai runcit, pas tu toke tu kata leh wat tuk ijau kan sayur masa masak. dia kata, pasai tu org cina goreng/celur sayur

Cara-cara

  1. rebus air, masukkan sawi dan titiskan air abu. sikit je air abu tau. jgn banyak. nanti pahit lak.
  2. sayur dah separuh masak. angkat dan toskan airnya. hidang dalam piring, letakkan sedikit seasoning oil dan taburkan serbuk lada hitam. siap. 
Resepi ini sumbangan myresepi

Resepi Diet Salad

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 10 - 15 helai daun Kubis (dihiris)
  • 4 biji tomato(dipotong dadu)
  • 2 biji carrot(dipotong halus)
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • 1/4 biji bawang besar(dipotong dadu)
  • Mayonis
  • 3 keping daging burger(dihancurkan)
  • 50 gram isi ayam(dipotong kecil2)
  • Garam
  • Minyak masak
  • 4 biji ubi kentang sederhana besar(dipotong dadu)

Cara-cara

  1. Goreng kentang tanpa guna byk sgt minyak sampai empuk, dan tabur sedikit garam dalam kuali semasa menggoreng.
  2. Gaulkan ayam dgn sedikit garam. Goreng sampai masak, jgn garing2.
  3. Goreng daging burger yang dah dihancurkan. Mase goreng tu, hancurkan lagi.
  4. Gaulkan semua sayur2 and bawang yang dah dipotong tu, jus tomato tu pun masukkan skali dalam salad tu. Masa gaul tu, masukkan jus limau. Lebih baik gaul gune tangan.
  5. Masukkan mayonis dalam 4-5 sudu besar. Gaulkan lagi gune tgn. Biarkan sekejap.
  6. Lepas 10 minit, masukkan semua bahan2 yang digoreng tadi, ubi kentang, daging burger, ngan ayam tu skali. Gaul gune senduk kalau bahan2 tu masih panas.
  7. Dah siap dah! Boleh makan ngan roti, atau mkn begitu aje! Sangat mengenyangkan~

Ahad, 9 Oktober 2011

Kepentingan air pada tubuh manusia

Air harus di gunakan setiap hari kerana tubuh manusia dapat berfungsi tanpa air. Untuk mengetahui kepentingan air pada tubuh kita, sila lihat keperluan air pada setiap organ organ tubuh di bawah.:

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi lebih baik. Jika kecukupan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat.

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah..

2. Mulut

Air akan menjaga tenggorokan dan bibir lebih basah dan menjaga bibir mulut dari kekeringan. Keadaan mulut yang kering bisa memicu bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung
 Kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu darah sehingga jantung akan bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan.

Bila kita kekurangan air,  haba semakin tinggi

5. Otot

Bila air cukup dalam tubuh terutama sel ia akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot berfungsi dengan baik  Air juga penting untuk mengerakan sendi.

6. Kulit

Jika seseorang menderita kekurangan air,  kulit menjadi kering. Keadaan ini berbeda dengan kulit kering,

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Nak Kurus Hingga Bawa Maut

Anda jangan jadi macam kisah di bawah ini, kerana nak kurus, ia mati ketika rawatan menguruskan badan. Selain membuang duit beribu, ia telah mengorban nyawa.  Keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, petang Selasa lalu. Mangsa, Cik Noraini Mohd Ghazali, 30 tahun, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu, meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul akibat penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumbernya.

Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor bertauliah di situ.

Cik Noraini ditemani kakak angkatnya, Cik Misha Abu Bakar, 46 tahun, ke pusat itu kira-kira 3 petang Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan susulan itu.

Beberapa bulan lalu, beliau pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul malam Selasa lalu dan mengajak kakak angkatnya ke pusat tersebut.

'Pada sebelah malam, Noraini ingin ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia beria-ia mahu ke sana, malah masih sempat singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian sebelum bergegas ke pusat itu,' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kelmarin.

Cik Misha berkata selepas beberapa jam menunggu, beliau tidak sedap hati dan meminta pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu.

'Doktor itu mendakwa Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir sebaik disuntik ubat tahan sakit menyebabkan dia meninggal dunia.

'Malah, doktor itu memberitahu dia sudah cuba menyelamatkan Noraini lebih 45 minit, namun tidak berjaya sebelum meminta saya menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersabar,' katanya, yang terus menghubungi suami mangsa, Encik Zaharuddin Zainuddin, 35 tahun, sebaik melihat jenazah mangsa.

Sementara itu, Encik Zaharuddin berkata sebaik dimaklumkan kejadian itu, beliau bergegas ke pusat itu tetapi tiba agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Menurutnya, isterinya pernah memberitahunya bahawa ada benang pernah tertinggal dalam tubuhnya selepas menjalani rawatan, dan beliau 'tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika punca kematian Noraini disebabkan kecuaian doktor'.

Mangsa meninggalkan tiga anak berusia antara tiga dengan 11 tahun. -- Harian Metro.

Khamis, 6 Oktober 2011

Tip Kurus Badan Yang Perlu Ditonton

Jangan malu malu menonton, kerana ia amat memberi manafaat pada anda semua. 15 tips mengurang berat badan yang sangat di nanti-nanti. Jom tengok

Rabu, 5 Oktober 2011

Ebook Rahsia Diet wanita

RAHSIA KURUS
RAHSIA DIET WANITA! Apa yang boleh saya katakan, ebook itu cukup lengkap dengan
pelbagai jalan penyelesaian untuk melangsingkan badan. Antara yang bakal anda ketahui melalui ebook itu adalah..


1. Sebab-sebab wanita senang gemuk. anda  perlu tahu ni. Mungkin ini penyebab kepada kenapa  susah
untuk turunkan berat badan.

2. Faktor-faktor jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Adakah kalori yang terkandung dalam badan
sama dengan wanita lain?

3. Teknik untuk amalkan diet yang  sempurna melalui rahsia mengekalkan _____________.

4. Punca kepada kenapa usaha diet anda sering GAGAL! Betul ke anda nak turunkan berat badan? jadi
perlu kenalpasti punca kegagalan diet anda selama ini.

5. Teknik mengira JPTS untuk tentukan sama ada amalan diet anda selamat.
JPTS? Apa tu?

6. Sumber penting untuk turunkan berat badan. anda beruntung untuk
ketahui sumber-sumber ini.

7. Amalan-amalan pemakanan yang sihat. Makan untuk sihat bukan untuk hidup anda

8. Pembongkaran berdiet untuk kurus tanpa mengeluarkan peluh!

9. Penyakit kronik yang mudah anda hidapi jika tidak amalkan diet yang
betul. Bahagian ini sedikit menakutkan!

10. Dan terdapat banyak lagi rahsia-rahsia diet dikongsikan dalam ebook
itu.

Saya anjurkan kursus percuma online 10 hari, nota akan di berikan

KLIK SINI SEGERA

Ahad, 2 Oktober 2011

Diet Rendah Lemak


Diet Rendah Lemak  Biarpun diet rendah lemak adalah diet yang bagus untuk kesihatan jantung anda tetapi jika tidak dilakukan dengan cara yang betul bakal memudaratkan anda. Diet rendah lemak membuatkan anda juga kekurangan asid lemak seperti linoleic dan linolenic yang diperlukan tubuh untuk membantu sel berfungsi dengan smpurna.

Badan kita tidak mampu membina asid ini dengan sendirinya. Atas alasan itulah sel tubuh memerlukan asig lemak dari  makanan untuk membantu membina sl. Jika kandungannya dalam tubuh adalah kurang ataupun tidak mencukupi, anda akan terdedah kepada masalah-masal seperti berikut.

a.    kulit kering
b.    mudah letih
c.    maah dalam sesetengah kes ia boleh menjejaskan fungsi penglihatan.

Jadikan ianya lebih menyihatkan: Hakikatnya diet rendah lemak tidak sepatutnya menjadi “diet tanpa lemak”. Anda tidak perlu bimbang untuk mengambil lemak dalam diet harian jika kena dengan kuantirti yang diperlukan.

Pastikan diet rendah lemak anda masih mengandungi 30% kuantiti lemak. Sumber asid lemak yang baik boleh didapati dari sumber kacang soya, jagung ikan, kacang walnut, kuaci, minyak canola dan minyak bunga matahari.

Diet rendah lemak juga bukanlah halangan untuk anda mendapatkan sumber vitamin lan dari sayiran dan buahan. Sunber serat juga masih diperlukan dalam diet ini. Bagi mamastikan anda mendapat sumber vitamin E dan antioksidan yang cukup, anda disarankan mengambil bahan bahan makanan berikut

  • 1 sudu besar kuaci= 51 Kalori/4.5 gram lemak
  • Dressing (dalam hidangan saladz)
  • 1 sudu besar hirisan badam= 39 kalori/ 3.4 gram lemak
  • 1 hirisan avocado= 60 kalori/ 5.5 gram lemak.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kalori Pemakanan apa yang perlu tahu

Kalori adalah satu unit kepada ukuran.. Seperti juga Panjang yang diukur dalam Unit meter (m),  Jadi, apa yang Kalori Ukur? Kalori mengukur Tenaga. Ringkasnya, kalori adalah Unit Tenaga.

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram. Alkohol mengeluarkan 7 kalori/gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian, makanan yang mengandungi banyak lemak adalah tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan airnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan rendah kalorinya.
Keperluan kalori kita adalah berbeza sepanjang hayat. Ia bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti peringkat tumbesaran, semasa mengandung dan menyusu anak, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. Golongan dewasa dan warga emas memerlukan kalori yang kurang kerana aktiviti dijalankan adalah berkurangan berbanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Cara Makan Nabi

Bagaimana cara Rasulullah saw makan. Ini yang kita nak tahu ni. Apa hikmah ikut cara nabi makan.

Cara Rasulullah Makan

1. Gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Ingat sikit sahaja. !!

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. Kita 3 hingga 6 kali mungkin telah. Saya cuba makan lambat, ambil sedikit nasi dan lauk, kunyak banyak kali dan telan, rasa nikmat makan tu ada, Walaupun saya kunyak tak sampai 40 kali, tapi kunyak banyak kali baru telan adalah nikmat dan rasa mudah kenyang.

Mengunyah banyak kali dan lambat adalah sunnah dan makan cepat dan gelojoh adalah sifat syaitan

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Semua kaedah di atas membantu diet anda, terutama dari segi kesihatan, perut sihat, makanan lebih hadam, elak perangai syaitan, berkat, dan elak perut buncit.

Jumaat, 30 September 2011

Diet Dengan Buah-Buahan

Buah yang mengandung kadar ED (Energy Density) rendah ada seperti berikut, sila ikut langkah berikut untuk diet dengan buah.

BUAH Kadar ED atau tenaga rendah

  1. StraberryRaspberi 3
  2. Semangka 3
  3. Grapefruit 3
  4. Cantaloupe 4
  5. HoneyDew (Melon) 4
  6. Pepaya (betik) 4
  7. Peach 4
  8. Jeruk (Tangerine) 4
  9. Jeruk (Orange) 6
  10. Aprikot 5
  11. Nanas 5
  12. Plum atau mangga 6
  13. Blueberry 6
  14. Epal 6
Mulakan diet anda sekarang, ayuh.......

Hari Pertama

Minum shake protein setiap 2 jam di sepanjang hari itu.Lalu makan 6 cup sayuran salad mentah dan ayam tak berlemak 1/2 buah advkat atau 2 sendok makan minyak zaitun,dan 1/2 buah jus limau atau 1/2 buah jeruk nipis

Hari Kedua dan Hari ke tiga

Dari bangun pagi sampai makan malam,makan 1 biji buah segar yang mengandung kadar ED rendah yg sedang musim tentunya,setiap 2 jam. untuk makan malam,minum smoth prtein dan 6 cup salad sayuran mentah dgn 1/2 buah advokad dan diberi perasaan 1/2 buah lemon atau 1/2 buah jeruk nipis.

Resepi smoothie protein:

Campur 1 scoop whey powder (bs dibeli di kedai makanan kesihatan / farmasi atau pasaraya ,susu kambing atau bubuk putih telur dgn 230 ml air

Contoh menu :
Sarapan:
Blender 1/2 buah pepaya besar atau 1/2 buah mangga,1 cup bluebery dan 1/2 cup irisan nanas segar.Proses sampai halus

Makan tengahari
Cuci dan iris 1 cup stroberi,1 buah peach,1 buah plum,1 cup ceri dan semangka

Makan Malam:

Bakar 1 dada ayam kecil,lalu siapkan piring dengan sayuran hijau pilihan anda,misalnya bawang ,paprika merah,tomato, mentimun avokad

Selamat mencuba, petikan facebook

Khasiat Manggis Dan Kegunaan

Khasiat Manggis dan kegunaan ; Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kandungan Kulit Manggis

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.

Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Khasiat Kulit Manggis
1. Memberi tenaga)
2. Prevents inflammation
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah Ulcer
5. Mencegah kemurungan
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Mencegah kanser
8. Tingkat system pertahanan badan
9.  Awet Muda
10. Membuang toksid dalam badan
11. Membunuh kuman
12. Mencegah kulat
13. Mencantikan kulit
14. Membuang kolesterol dalam badan
15. Untuk kesihatan  jantung

Diet Selepas Bersalin

diet lepas bersalin
Tidak kiralah diet pantang mana yang anda ikuti semasa berpantang atau selepas bersalin, pastikan anda makan diet yang berkhasiat dan seimbang bagi memastikan pengambilan nutrien yang optimum.  Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum.  Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu, terutamanya jika anda menyusu susu ibu.

Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahbuahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil supplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.. Elakkan kafein, alkohol dan nikotin jika anda menyusu susu ibu.

Jamu (herba, akar dan rempah ubatan)

Pandangan tradisional: Jamu membantu memanaskan tubuh ibu, meningkatkan aras tenaga, menghilangkan lemak dan toksin berlebihan daripada tubuh, serta mengecutkan rahim.
Kata doktor: Buat masa ini, tiada kajian atau bukti terperinci yang membuktikan manfaat pengambilan Jamu selepas bersalin, tetapi para pakar bersetuju bahawa aroma Jamu sememangnya menenang dan menyamankan apabila disapu di seluruh tubuh. Bagi Jamu yang diambil secara oral, utamakan kualiti dan kebersihan Jamu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Halia

Pandangan tradisional: Halia dianggap makanan yang “memanaskan”; ia membantu menggalakkan peredaran darah, mencegah atau melegakan angin dan menguatkan sendi.
Kata doktor: Walaupun kajian menunjukkan bahawa halia mungkin boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil, namun tiada kajian yang telah menyokongnya sebagai makanan yang “memanaskan”. Anda boleh menggunakan halia sebagai rempah dalam makanan berpantang tetapi pengambilan berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ibu melepaskan “angin”. Percayalah, angin ini bukan daripada sendi atau kepala ibu yang baru lepas bersalin dan tiada kaitan dengan sebarang sakit belakang atau sakit sendi di masa hadapan.

Ikan Haruan

Pandangan tradisional: Sup ikan daripada ikan haruan segar mempunyai ciri merawat yang menggalakkan penyembuhan luka dalaman, terutama sekali wanita yang telah menjalani pembedahan Caesarean.
Kata doktor: Kajian menunjukkan bahawa ikan haruan mengandungi asid amino dan asid lemak tertentu yang penting untuk penyembuhan kecederaan. Secara amnya, makanan berprotein tinggi (seperti ayam itik, daging tanpa lemak, ikan dan produk tenusu) boleh mempercepatkan penyembuhan luka atau kecederaan. Ibuibu baru perlu memastikan pengambilan pelbagai jenis makanan sumber protein untuk membantu mereka pulih dengan segera.

Herba Cina

Pandangan tradisional: Sup herba disediakan menggunakan herba Cina tradisional tertentu, seperti kurma merah, kei zhi (wolfberry) dan dong guai (angelica), yang dikatakan boleh membantu menyihatkan darah, merawat simptom selepas bersalin seperti discaj yang berpanjangan dan membaiki tahap tenaga.
Kata doktor: Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa herba Cina akan memanfaatkan ibu selepas bersalin, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa herba-herba ini bersifat antioksidan. Kesan sedemikan mungkin boleh membantu menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan sistem imun. Namun demikian, janganlah mengambil herba sehingga keterlaluan kerana antioksidan seperti vitamin C dan E boleh diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayuran.

Sayuran Labu (seperti labu botol dan timun Jepun)

Pandangan tradisional: Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kata doktor: Tiada makanan khusus yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun demikian, bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, minumlah cecair yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang hilang daripada tubuh anda. Anda juga perlu makan dan rehat dengan sempurna supaya mempunyai tenaga untuk penghasilan susu yang optimum. Yang paling penting, teruskanlah penyusuan susu ibu.

Khamis, 29 September 2011

Bagaimana elak sakit perut


Mengambil makanan jenis berminyak, pedas atau berlemak kadangkala boleh menyebabkan sakit perut atau tidak hadam.

“Ini biasanya masalah kecil yang akan hilang dengan sendiri. Tetapi ia juga mungkin tanda bagi gejala kesihatan yang lain seperti refluks gastroesophagus (pedih ulu hati), intoleran laktosa, ulser, sindrom iritasi usus, jangkitan di usus dan kanser,” terang Vijay.

TIPS ELAK SAKIT PERUT
  1. Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. 
  2. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,” katanya.
  3. Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.
  4. Bagaimana dengan merawat sendiri? “Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.
  5. “Anda perlu dapatkan rawatan jika ada kesakitan antara bahagian dada dan pusat. Jumpalah doktor jika sakitnya berlanjutan selama beberapa hari,” tambah beliau.
Dr. Robert Lim

Diet Yang Betul

Diet yang betul ialah cara kita makan dan jenis makanan yang kita ambil, berikut ialah petua makan dan diet yang betul


  1. Jangan makan susu bersama daging
  2. Jangan makan daging bersama ikan
  3. Jangan makan ikan bersama susu
  4. Jangan makan ayam bersama susu
  5. Jangan makan ikan bersama telur
  6. Jangan makan ikan bersama daun salad
  7. Jangan makan susu bersama cuka
  8. Jangan makan buah bersama susu

 
MAKAN CARA ISLAM

Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
jangan sesekali tinggal makan malam . barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-quran juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. mujarabnya insya allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) 

Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi perlu makanan yang betul. Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi ialah makanan yang kurang kandungan garam dan kolesterol. Faktor yang mempengaruhi tekanan darah tinggi :
  • Garam / natrium
  • Berat badan
Garam / Natrium

Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual.

Berat badan

Jadual Kandungan Garam dalam Makanan

Rendah
Sederhana
Tinggi
Buah-buahan
Sayur-sayuran
Minyak sayuran
Lemak
Gula
Tepung
Nasi
Roti putih
Roti mil penuh (roti berserat tinggi)
Bijirin
Kekacang
Daging
Ikan
Telur
Susu
Agen Perasa
- Kicap, sos barbeku, tauchu (pes soya), sos cili, sos tiram, sos tomato.
Ekstrak
- Sayuran (marmite)
- Daging (Bovril)
Penambah perasa
- Monosodium Glutamat,
- Kiub perasa
Agen penaik
  • Serbuk penaik berasaskan natrium, soda bikarbonat
Krim salad
  • Salad cream
  • Mayones
Makanan terproses
  • Makanan dalam tin,
  • Bijirin (sedia dimakan),
  • Keju
  • Sup sedia dimakan
Makanan diawet
  • Ikan masin
  • Telur masin
  • Daging yang diawet
  • Sosej
  • Daging burger
  • Jeruk buah-buahan
  • Jeruk sayur-sayuran
  • Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
Menambah Perisa Dalam Makanan
  • Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda.
  • Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
  • Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

Apakah Serat

Serat merupakan bahafian yang tidak boleh di hadam yang terdapat pada tumbuhan,    Ia boleh di dapati dalam bentuk serat larut dan serat tidak larut.Sumber serat larut adalah buah-buahan,kekacang dan hasil bijirin.Sumber serat tidak larut adalah sayur-sayuran dan humus gandum.



Serat membantu mengekalkan fungsi usus dengan baik,mengurangkan sembelit ,"diverticulis disease" ,buasir dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan sesetengah kanser.


Saranan pengambilan serat adalah 25 - 30 g sehari. Peningkatan pengambilan serat perlu dilakukan secara perlahan-lahan (graduallly) dengan cara yang betul.

Pengambilan serat dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak di ingini seperti kembung perut dan juga cirit-birit.

Selasa, 27 September 2011

Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula

Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula.  Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.

 Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Bagaimana kurangkan gula semasa makan atau musim perayaan?
  1. Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
  2. Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
  3. Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.  Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
    Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang hari

Bagaimana Pengawalan Berat Badan

Pengawalan berat badan ialah seni dalam menjaga kesihatan anda. Ia ada hubung kait antara nafsu makan anda dan kesihatan. Nabi mengajar kita makan perbagai, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Kuyah makan banyak kali hingga hancur baru telan. Jangan lupa baca Bismillah. TIPS BERIKUT BOLEH MEMBANTU ANDA:
    • Untuk mengekalkan berat badan anda perlu menyeimbangkan kalori yang diambil daripada makanan dan minuman dengan kalori yang digunakan oleh badan untuk pelbagai aktiviti
    • Dalam kebanyakan kes berlebihan berat badan atau kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal
    • Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan yang sihat bergantung kepada:
      • Umur
      • Jantina
      • Keadaan Psikologi
      • Aktiviti Fizikal
    • Melakukan aktiviti fizikal secara tetap, mempunyai perbagai kaedah dimana ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan penggunaan tenaga
    • Ia juga didapati dapat menurunkan risiko sakit jantung, diabetis mellitus dan tekanan darah tinggi
    • Kurangkan makanan tinggi lemak dan makanan tinggi kalori terutamanya snek
    • Tabiat makanan yang tidak baik seperti makan secara berlebihan, sentiasa mengunyah dan juga pengambilan makanan yang tidak teratur boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Walaubagaimanapun melangkau waktu makan adalah tidak diperlukan untuk penurunan berat badan kerana anda mungkin akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan yang berikutnya
    • Pengambilan alkohol adalah tidak digalakkan kerana minuman beralkohol membekalkan tenaga yang tinggi tetapi kandunagn nutriennya rendah
    • Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk penurunan berat badan sebanyak 5 - 10% boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan diabetis
    • Anda boleh menurunkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti dan mengurangkan pengambilan makanan
    • Penurunan berat badan yang disarankan dikalangan dewasa yang disarankan adalah 0.5kg - 1 kg dalam seminggu
    • Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana ia akan menghadkan terlalu banyak kalori dan nutrien
    • Penurunan berat badan yang tidak sihat seperti memuntahkan semula makanan atau penggunaan julap (laxative) atau diuretik boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan 
    •  
  • Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin, Hasil Bijirin, Kekacang, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran
    • Untuk mengekalkan diet yang sihat kita di galakkan untuk mengambil makanan seimbang dengan menitikberatkan pengambilan hasil bijirin (Nasi,jagung,hasil gandum,oats,barli),kekacang,sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Hasil bijirin , kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran , membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, fibre dan komponen-komponen lain yang penting untuk kesihatan.
Kabrohidrat Kompleks
    • Dikenali sebagai polysaccharides termasuklah kanji dan serat.
    • Ia banyak di dapati dalam hasil bijirin (Nasi,jagung,hasil gandum,oats,barli) ,kekacang (kacang peas dan kacang panggang) dan juga ubi-ubian.
    • Ia membekalkan tenaga dan mengambil masa yang lebih perlahan dalam menghasilakn glukos dalam badan

Panduan Pemakanan Malaysia

Panduan Pemakanan Malaysia secara umumnya sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia yang berumur 2 tahun ke atas. Bagi bayi, kanak-kanak, wanita hamil atau menyusukan anak, warga emas dan individu yang mempunyai keperluan khas perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada anggota profesional seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik dan Pegawai Zat Makanan.

Panduan Pemakanan Malaysia
  1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
  2. Kekalkan Berat Badan UnggulDengan mengimbangkan Pemgambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
  3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin, Hasil Bijirin Dan Kekacang
  4. Pilih Makanan Rendah Lemak Dan Kolesterol
  5. Gunakan Sedikit Garam Dan Pilih Makanan Rendah Garam
  6. Minum Banyak Air
  7. Menggamalkan Dan Menggalakkan Penyusuan Ibu.
  • Makan Pelbagai Jenis Makanan
    • Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrient untuk tumbesaran dan pertumbuhan
    • Makanan yang mengandungi pelbagai nutrien dan komponen-komponen yang lain adalah diperlukan untuk kesihatan yang baik
    • Tidak ada sejenis makanan yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan
    • Semua makanan boleh diambil sebagai diet yang sihat bagi memenuhi keperluan nutrien individu
    • Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
  • Kekalkan Berat Badan Yang unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
    • Berlebihan berat badan atau kegemukan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes mellitus, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kenser seperti kenser ginjal, ovari dan payu dara
    • Oleh yang demikian adalah penting untuk tidak mempunyai berlebihan berat badan atau gemuk
    • Walaubagaimanapun, jika anda mengalami masalah berlebihan berat badan anda perlu cuba untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal
 sumber ; kk

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan

  • Saranan Pengpagibilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
  • Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengpagibilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
  • Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

Contoh Menu 1200 kkal

Sarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
  • 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh)
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1 mangkuk sederhana sup sayur
  • 1 keping ikan tenggiri kukus
  • 1 biji limau
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
  • 3 keping biskut krim kraker
  • 1 gelas air kosong
Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
  • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
  • 1/2 cawan kailan tumis
  • 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
  • 1 potong tembikai.
  • 1 gelas air kosong

Tujuan pengurusan pemakanan

Apakah Tujuan pengurusan pemakanan seharian anda. Pengurusan ialah cara anda urusan pengambilan dan cara menyediakan menu harian anda. Objektifnya ialah:
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori. 
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
·  Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.

·  Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.

·  Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
  1. menggunakan sedikit minyak semasa memasak
  2. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
  3. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
  4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat

Bagaimana Penurunan Berat Badan

Bagaimana Penurunan Berat Badan, Ikut langkah berikut dalam penurunan berat badan anda.
  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot. 
Sumber  : KK

Isnin, 26 September 2011

Teknik Turunkan Berat Badan Tanpa Risiko

Ini bukan wanita Malaysia, ia contoh sahaja, saya pasti anda lebih motivasi bila
melihat gambar ini, untuk lebih kurus, !
Hari ini saya akan beri Teknik Turunkan Berat Badan Tanpa Risiko, Masalah obesiti dalam masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Malah masalah ini telah menjadi punca kepada munculnya pelbagai penyakit kronik dalam diri penghidap obesiti seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan banyak lagi.

Apa yang lebih menakutkan, penghidap obesiti berisiko untuk mengalami kecederaan pada bahagian organ dalaman. Seterusnya, kecederaan itu boleh menjadi semakin serius sekiranya obesiti yang dialami tidak diatasi.

Oleh itu, seseorang yang menghidap obesiti seharusnya menurunkan berat badan mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah yang lebih besar timbul. Untuk turunkan berat badan, mereka perlu menggunakan teknik neutral yang tidak berisiko.

Jadi, mereka boleh bermula dengan mengamalkan atau memperbetulkan tabiat pemakanan salah kepada diet yang lebih betul dan teratur. Untuk bermula, ianya sangat mudah. Anda boleh mula sedikit semi sedikit dengan mengawal pemakanan anda selama ini.

1.    Kurangkan Makanan Berlemak & Berkolesterol

-    Secara umumnya, lemak dan kolesterol diakui penyebab kepada obesiti. Ianya banyak terkandung dalam daging, mentega, keju, kentang goreng dan lain-lain. Biasanya, lemak dan kolesterol boleh didapati dalam kesemua makanan segera. Contohnya Kentucky Fried Chicken (KFC). Selama ini, pusat makanan itu mungkin favourite anda. Apa kata selepas ini anda elakkan dari berkunjung ke sana. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat itu.

2.    Kurangkan Gula

-    Antara makanan bergula yang menyumbangkan kalori tidak berkhasiat kepada badan adalah seperti aiskrim, minuman berkarbonat, coklat dan kek. Dengan memakan makanan itu, ianya bukan setakat menyebabkan anda gemuk malah berisiko untuk mendapat kerosakan gigi yang teruk, kencing manis, serangan jantung dan lain-lain penyakit kronik. Anda mungkin perlu membuat jadual khusus pengambilan makanan bergula agar tidak terlebih mengambilnya.

3.    Kurangkan Garam

-    Jika makanan bergaram diambil dalam kuantiti yang banyak secara kerap, ia boleh menjemput penyakit seperti tekanan darah tinggi. Malah, bahagian di bawah kulit boleh mengandungi banyak air disebabkan kandungan natrium yang tinggi dalam badan. Anda boleh mengelak dari terambil garam yang banyak dengan menghindari makanan seperti kentang goreng, makanan dalam tin, makanan ringan dan sebagainya.

4.    Kurangkan Kafien

-    Kafein dikatakan ubat tahan mengantuk kepada sesetengah orang. Sebenarnya, dengan pengambilan kafein secara kerap, ia menyebabkan seseorang itu mudah mengalami cemas, letih, susah tidur, sakit kepala dan lain-lain. Kafein juga mampu meningkatkan kuantiti gula dalam darah. Maka ia berkaitan dengan huraian gula di atas. Apa kata selepas ini anda banyakkan minum air masak daripada mengambil minuman berkafein. Ianya lebih berkhasiat dan baik untuk badan.  

5.    Kurangkan Bahan Perasa

-    Kebiasaannya, bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) banyak terkandung dalam makanan tin, makanan ringan dan sebagainya. Ia dicampur untuk menambahkan kelazatan seseuatu makanan.  Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa bahan perasa itu boleh mengundang penyakit seperti alergi, kerosakan buah pinggang, otak dan lain-lain. 

Sekarang, anda dah tahu kesan buruk kepada pengambilan makanan-makanan seperti di atas. Bahkan, makanan yang disebut boleh dikatakan diambil oleh masyarakat kita pada setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan itu untuk jalani kehidupan dengan lebih sihat.

Nak buat memang susah pada permulaannya. Apa yang penting? Kuatkan semangat dan percaya kepada diri sendiri bahawa anda mampu lakukannya. Tak sakit pun jika anda tak makan makanan macam tu. Bertambah sihat dan cergas adalah!

Anda nak tahu lebih banyak tips pemakanan dan diet yang mudah lagi berkesan? Layari ke  sini  untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Sekian, terima kasih.

Gemuk Bukan Penghalang Hidup Anda Gembira

Dari sudut kesihatan, obesiti atau gemuk atau berat badan meningkat, merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang. Jika anda gemuk atau obesiti, apa sikap anda dan jangan ia menjadi penghalang hidup anda gembira.

Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.

1.    Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

-    Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya! 

2.    Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’


-    Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.

3.    Bergaya Seperti Yang Lain


-    Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!

4.    Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

-    Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.

5.    Hangout Dengan Rakan-Rakan

-    Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.

6.    Panjatkan Kesyukuran


-    Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.

Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

Untuk mengetahui panduan diet yang betul dan berkesan khas buat para wanita, anda boleh layari ke sini untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Ada Apa Dengan Rahsia Diet Wanita?


Kelihatan menawan, anggun, cantik, berseri dan langsing merupakan impian bagi setiap wanita. Tanyalah kepada mana-mana wanita sekalipun, sudah tentu mereka akan mengiyakan sahaja jika ditanya adakah mereka ingin memiliki ciri-ciri seperti itu.

Disebabkan itulah, kebanyakan wanita sanggup berhabis duit untuk ke pusat-pusat kesihatan atau kecantikan atau pelangsingan bagi memastikan diri mereka sentiasa dinilai tinggi oleh kaum adam.

Jika tidak ke sana pun, mereka akan membeli produk-produk yang menawarkan seribu macam faedah untuk digunakan sehari-harian. Kalau mereka tak buat, maka tak lengkaplah kehidupan ini.

Mengikut kajian, soal berat badan merupakan isu yang sangat sensitif terhadap kaum wanita. Sekiranya ditanya berat badan mereka, seseorang wanita lebih suka mendiamkan diri atau melenting. Ini kerana, mereka tidak suka dengan soalan itu dan berusaha untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang tepat.

Mengapa perkara ini terjadi? Jawapannya mudah. Kaum wanita cukup takut dengan berat badan mereka sendiri. Mereka tidak mahu orang lain menganggap mereka sebagai gemuk jika didedahkan berat badan yang sedang ditanggung.

Seandainya betul seseorang wanita itu gemuk, apakah punca kepada masalah kegemukan atau obesiti yang sedang dihadapi? Berikut adalah jawapannya:


-          Mereka makan secara berlebihan dan tidak seimbang

-          Mereka mengamalkan pemakanan diet yang salah

-          Mereka makan tidak mengikut masa yang dicadangkan

-          Mereka abaikan sarapan dan makan malam

-          Mereka mempunyai lebihan lemak dan air dalam badan

-          Kadar metabolism mereka rendah

-          Sistem perkumuhan mereka tidak bekerja dengan baik

-          Mereka mempunyai lemak dan selulit yang terkumpul dalam badan

-          Mereka tidak mengawalatur jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan


Oh.. Poin-poin yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada punca kepada masalah kegemukan dalam kalangan wanita. Tak perlulah kesemua punca itu dibincangkan di sini. Cukuplah sekadar punca-punca umum disebutkan.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah kegemukan itu, kebiasaannya kaum wanita akan ke pusat pelangsingan badan. Itu pun jika mereka mempunyai duit lebih.

Kalau tak ada duit, mereka sanggup membeli pil pelangsingan badan yang tidak diiktiraf keberkesanannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tetapi, dengan memilih dua jalan itu, ianya tetap tidak dapat menyelesaikan masalah kegemukan yang dihadapi. Ini kerana, dua jalan tersebut hanyalah bersifat sementara. Mereka hanya mampu langsing dalam tempoh yang singkat dan tidak bertahan lama.

Selepas ditinggalkan pusat pelangsingan badan yang berharga mahal itu dan berhenti daripada makan pil pelangsingan, seseorang wanita yang mengambil dua rawatan di atas akan ‘kembang’ semula.

Hmm.. Apakah jalan penyelesaiannya?

Mudah sebenarnya untuk atasi masalah kegemukan ini. Caranya adalah dengan menjalankan gaya hidup sihat dan berdiet mengikut panduan yang betul.

Untuk itu, maka sebuah ebook yang bertajuk ‘Rahsia Diet Wanita’ telah dihasilkan dengan tujuan membantu para wanita mengamalkan diet yang sempurna seperti dicadangkan oleh pakar.





Antara topik yang terkandung dalam ebook ini adalah..


1.       Punca-punca kenapa wanita mudah gemuk. Lepas anda dah baca info ini, barulah anda tahu kenapa mudah sangat anda gemuk.

2.       10 faktor yang menentukan jumlah kalori diperlukan oleh badan. Anda kena tahu ni. Barulah anda boleh kawal peratusan kalori yang nak dimasukkan dalam badan nanti.

3.       Teknik-teknik bagi mengekalkan amalan makanan yang seimbang untuk mencapai diet sempurna. Kalau tak amalkan tips ini, makin gemuklah anda.

4.       Punca-punca anda gagal turunkan berat badan. Nak turunkan berat badan, anda kena tahu pantang larangnya terlebih dahulu. Anda boleh baca dalam bab ini.

5.       Rahsia menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh. Anda mungkin seorang wanita yang sibuk. Teknik ini memang sesuai buat anda.


Dan terdapat banyak lagi tips dan panduan diet mudah lagi berkesan dikongsikan dalam ebook ini. Ianya ditulis khas dan khusus buat kaum wanita.

Anda boleh dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita ini dengan layari ke laman rasminya melalui link di bawah:


Sekiranya anda seorang yang serius untuk miliki badan langsing dan menawan, segera grab ebook itu. Selepas ini, anda tak perlu lagi keluarkan sehingga beribu ringgit semata-mata untuk turunkan berat badan. Semoga berjaya!